Pengalaman dalam industri f&b Papa.
Sebelum Papa berkongsi Papa dah lalui.
Contoh macam Papa dah pos semalam seorang sahabat yang datang coaching ngan Papa dan akhirnya dia berjaya perbaiki sistem dan jualan restoran hingga dilantik menjadi pengurus dengan gaji rm3k sebulan.
Dari kerja pencacai pengangkat najis sampai kerja membunuh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bakteria,kuman,kesan degil dan kesepian semua Papa dah buat.
Terselak gambar lama masa buat air dulu.
Terimbaulah kisah kisah lama Papa dalam industri f&b.
Terimbaulah kisah kisah lama Papa dalam industri f&b.
Form 4 kerja kat rnr Temerloh.Masa ni higway pantai timur tak wujud lagi.Jalan Temerloh Maran Kuantan adalah jalan utama.Selalulah jumpa artis kat sini.
Yang best masa tengah nyanyi kat tandas lagu si jantung hati ukays,keluar dari tandas nak basuh tangan tengah tengok Amir Ukays tersengih sengih kat singki.Dia kabo papa nyanyi sengau
😂
😂.


Zaman tu mana ada hp berkamera lagi,dapatlah salam dan peluk Amir Ukays masa tu.
Bapak ahhhh kunyit mende...bukan pa sorang,beratur yang bersalam ngan Amir dalam tandas masa tu...orang kampung jumpa retis...biasalah...hahaha
Lepas tu masa rombongan Awie singgah sebelum teruskan perjalanan ke Terengganu nak nikah ngan Arni Nazira masa tu.
Semua teruja la nampak Awie....dalam teruja tu papa pun acah acah puji la Awie untuk attract perhatian dia.
"Bang Awie,lagu kusilang sari abang nyanyi memang best giler"
mengekek semua gelak dengar papa cakap camtu.
"Bukan kusilang sari brother tapi nur nilam sari" Awie cakap sambil lambai papa duduk sebelah dia.
Memang sengaja papa cakap salah yang ada unsur humor dan nerd utk attract perhatian dia padahal tau sangat tajuk lagu tu...
then dapatlah layan Awie makan,sampai dia ajak ikut pergi ganu sekali sebab dia kabo papa kelako,tapi tokey tak bagi....
Form 1 - form 4 setiap kali cuti sekolah papa kerja kedai tomyam kat sebelah kedai mak papa.
Dapat duit gaji lepaslah beli barang sekolah sendiri.
Habis sekolah lepas berjaya menuntut ilmu di ikm tysa pekan selama 4 hari sebelum bla dari situ akibat menikam senior yang membuli papa dengan garfu,dapat bekerja dengan sebuah syarikat f&b yang menguruskan kantin untuk astro,maxis dan kelab lumba kuda Selangor.Ingat lagi nama company tu nama dia Guardian restaurant and catering sdn bhd.
Lepas sebulan praktikal di kantin astro papa dinaikkan pangkat kapten untuk handle kantin kilang maxis di batu 3 Shah Alam.
Selain tu hujung minggu akan ivertime di kelab lumba kuda time ada race.
Time ni service kerabat diraja dan orang orang kenamaan di bilik vip.
Kalau diaorang menang syoklah...dapat tips.
Jadi banyak lagilah pengalaman papa dalam industri f&b ni.Belum lagi kerja kat hotel,kantin kementerian di putrajaya dan pj dan banyak lagi.
Belum lagi pengalaman buka warung dan kedai makan sendiri nak di share kan.
Ni baru sikit papa cerita tapi rasa dah lenguh nak menaip.
So kalau u nak meningkatkan bisnes f&b u,atau nak meningkatkan kerjaya dalam bidang f&b berlambak tips,ilmu dan strategi Papa ada.
Papa dah lalui dan tau selok belok game f&b dari takde bintang sampai 7 bintang papa dah harung.
Jadi papa bukan sembang babi terbang.
Kalau papa kata papa tau benda tu papa tau lah sebab dah harung dulu sebelum memandai mandai nak ngajar orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan