Siapa perasan setiap kali ada buat khilaf ataupun benda yang berdosa tak sampai sehari ada je masalah yang tak disangka sangka datang.
Kekadang masalah tu tak tuju direct ke kita tapi ke orang orang yang kita sayang.
Ada satu cerita ni,dia mengadu yang isteri dia tetiba bermasam muka dengan mak dia padahal diaorang kamceng sebelum ni.
Punca kes mak dia marah anak anak cakap benda yang tak senonoh, yang isterinya plak salah faham ingat mak mertua ni marah kat cucu cucu ni sebab rimas ngan perangai budak kecil.
Depan mak,di isteri ni buat macam takde apa tapi bila balik rumah baru dia cerita dan taknak dah pergi rumah mak sebab beranggapan mak ni tak suka perangai cucu cucu dia.
Peninglah member nak pilih mak ke nak pilih isteri.
Member ni tak tau tahu kisah sebenar.Dengar sebelah isteri je dan malas nak siasat mak dia takut salah faham dan kecil hati plak si mak ni.
Jadi masa dia mengadu Papa korek la apa cerita plak dari dia.
Dia pelik apa kena mengena ini kisah dengan dia.Masalah mak dengan isteri.
Jadi Papa bagitaulah yang jadi pening sekarang dia,yang kena terima akibat dia,jadi adalah Allah hantar something tu untuk menegur.
Last last dia mengaku yang dia ada curang main harga dalam biz dia.
Dia cakap itu je sekali dia pernah buat benda tak senonoh tu sepanjang biz tapi kelmarin dia nampak customer dia lurus bendul jadi dia terpengaruh nafsu makap lebih besar dari biasa.
Jadi Papa nasihat kat dia pulangkan balik yang bukan hak kepada customer tu,minta maaf fan ceritakan kisah sebenar.
In shaa Allah selesailah masalah dia membabitkan isteri dan mak dia.
Dia pun buat lah apa papa suruh dengan segera tak sampai sejam lepas selesai urusan pemulangan dan sesi minta maaf si wife call minta izin nak keluar jenjalan ngan mak ke shopping mall.
Heran lah member kan,tetiba dah baik,semalam si wife bukan main drama airmata lagi.
Rupanya si anak sulung buka cerita kenapa nenek marah marah semalam jadi wife tahulah kisah sebenar.
Setle satu masalah..dan datang lagi satu lagi kebaikan bila customer yang dia tipu sebelum ni order lagi 100pcs barang yang dia jual untuk buat gift falam majlis hujung tahun syarikat.
Sebab customer ni suka dengan sikap member
ni dah buat salah berani mengaku kesalahan dan minta maaf.Lagipun nampak kejujuran dia berbisnes dan reputasi dia naik dimata customer tu.
ni dah buat salah berani mengaku kesalahan dan minta maaf.Lagipun nampak kejujuran dia berbisnes dan reputasi dia naik dimata customer tu.
Dato Seri plak tu si customer.Lepas ni makan besar la dia.
Jadi bila tengok balik kisah ni, papa dapat sesuatu yang berharga.
Kalau kita ada masalah,janganlah kita cepat terburu buru buat keputusan dan menyalahkan orang lain.
Kita cek dulu diri sendiri dan perbaiki.
In shaa Allah srlepas datang kesusahan akan datang kebaikan.
Selepas Allah menegur akan datang pula rewardnya.
Jadi semoga kisah ini boleh dijadikan tauladan ye.
Dapat sesuatu?
Tetiba papa dah jadi kaunselor kehidupan plak,tapi Alhamdulillah..cemerlang gak resultnya.
Ada masalah meh la ngadu,bahu papa lebar nak tumpang
😂
😂
😂
😂.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan