Memalam call nak sesi coaching personal.
Nangis nangis cerita masalah .
Habis coaching nangis lagi sebab tak mampu nak bayar apa apa.Malu katanya.Duit yang tinggal rm15 cukup untuk isi minyak motor dan spare dari Mentakab nak balik ke Kemaman.Papa paksa juga dia ambil rm30 dari Papa supaya ada spare kalau apa apa jadi tengah jalan.
Nangis lagi.
Ini kisah 5 bulan lepas.
Lepas tu tak dengo kabo berita...
Tetiba tadi call suruh cek akaun bank.Dah bank in rm400 untuk balas budi.
Ceritanya lepas habis coaching dia bukan buat bisnes sebaliknya berkuli dulu dengan sebuah restoran di Kuantan.
Hasil dari ilmu yang dia dapat dia praktikkan dekat tempat kerja dan bantu restoran tempat dia bekerja grow dan grow dari segi profit,marketing,sales dan pengurusan.
Dia betul betul praktikkan ilmu yang Papa kongsi kan.
Dia faham dia takde modal takde fasiliti.Jadi dia mula dengan apa yang ada ditangan iaitu kederat dan akal.
Hari semalam dia sah dilantik sebagai Pengurus kepada restoran tersebut dan bergaji rm3k sebulan,makan dan penginapan ditanggung kerana prestasinya membantu perkembangan pantas restoran tersebut.
Jadi demi menunaikan nazar dia bank in juga duit kat Papa walaupun Papa tak minta.
Jadi benarlah bila kita bantu orang rezeki kita akan datang dari pelbagai arah dan tak disangka sangka.
Papa tak mention nama dan restoran dia bekerja demi memelihara perjanjian kami tapi Papa tahu dia baca.
Tapi pelajaran terbesar Papa dapat untuk cerita ini,nak berjaya tak semestinya dengan bisnes,bekerja pun boleh perbaiki taraf hidup asalkan ada ilmu yang betul.
Alhamdulillah,bermula bulan feb 2017 Papa mulakan hidup baru dengan circle baru yang positif,semakin hari semakin banyak rezeki berupa kegembiraan yang Allah beri.
2018 lebih ramai yang Papa nak bantu supaya ALLAH tak putus putus beri rezeki kegembiraan seperti ini melihat orang yang kita bantu dapat perbaiki hidup dan kewangannya.
Dalam hidup ini ingatlah...kalau nak bantu orang bantu je walaupun kita belum sempurna kerana manusia tidak pernah sempurna.
Tak mampu bantu duit bantu dengan ilmu,tak mampu bantu ilmu bantu dengan bagi nasihat dan semangat.
Yang penting bantu je dulu.
JANGAN TUNGGU SEMPURNA BARU NAK MEMBANTU....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan