Isnin, 11 Disember 2017

Perkongsian Puan Erna founder Dexandra

Hasil Papa pergi dengar talk Puan Erna founder Dexandra anjuran pimpinan Geng Ultra kat HQ Mary Jardin.
.
.
Papa kupaskan isinya disini.
.
.
Semoga bermanfaat.
.
.
Banyak ilmu yang beliau share dan pa tertarik dengan ilmu OPM.
.
.
Selain tu ada metafora finding Nemo "swim down together" ,sistem jemaah dan fahami konsepnya.
5 level sebagai pemimpin supaya diikuti,didengari dan disayangi agen dan stokis dan banyak lagi.
.
.
OPM means other people money.Ini juga boleh dipanggil sistem kupon.Tapi teknik ni amat berbahaya kalau digunakan orang yang tak jujur,boleh menjurus kearah scam.
.
.
Ini yang dikongsi oleh top stokis Dexandra,Pa lupa plak nama beliau tapi sebulan sales beliau cecah la 600k.
.
.
Pernah naik hot seat IMKK feb 2017 dari Kedah orangnya.
.
.
Kalau ada yang kenal boleh la seru beliau kat pos ni 😁.Biar beliau tahu yang kisah beliau tu satu inspirasi.
.
.
Kisahnya masa mula mula buat Dexandra dulu,beliau ni agen je.
.
.
Lepas tu Dexandra open for stokis.Siapa nak jadi stokis kena siapkan rm5k sebagai syarat(dapat barang sekali dengan nilai tu).
.
.
Dalam poket beliau masa tu ada rm150 je.Camne nak jadi stokis?
.
.
Jadi,apa yang beliau buat adalah dengan mengumpul dan kempen orang untuk jadi agen dibawah beliau dalam masa seminggu.
.
.
Menggunakan free marketing je dan segala fasiliti yang disediakan fb.
.
.
Gigih tak gigih nak berjaya,disitu ciri ciri orang berjaya dah timbul.
.
.
Dalam seminggu dapatlah beliau mengumpul jumlah yang cukup untuk menjadi stokis dan bila dapat barang beliau pun agih agihkan kepada yang dah bayar untuk menjadi agen sebelum ni.
.
.
Jadi dekat sini kita boleh belajar strategi bagaimana nak buat bisnes walaupun kekurangan modal material,kita masih boleh gunakan modal diri,akal dan kudrat yang ada,yang penting jujur dan bersungguh sungguh.
.
.
Itu kisah OPM atau other people money.
Boleh juga dipanggil sistem kupon.
.
.
Tapi Papa just nampak satu benda je kat kisah beliau ni,bukan senang nak dapat trust dari strangers untuk bagi duit dulu kat beliau,ramai pula tu tapi beliau berjaya,disitu u kena ambil berat sebab OPM adalah idea,sesiapa pun boleh guna idea tu but strategi nak melaksanakan idea tu,jerit payah,maki hamun,sindir sinis yang beliau hadapi kita tak tahu.
.
.
So kalau nak tahu pergilah tanya beliau😂😂.Apa yang Papa nak pesan agar berhati hati nak ciplak atau tiru buta buta idea orang lain tanpa tahu apa strategi di sebaliknya.
.
.
Sebab tu bila Papa bagi idea Pa taip panjang panjang,terang satu persatu,kenapa,mengapa,bagaimana,
dimana kesesuaian sesuatu idea tu supaya u tak sesat bila nak guna sesuatu idea yang Papa share.
Lagipun Papa sentiasa open kalau u nak bertanya.Buat masa ni In shaa Allah Papa masih lagi open untuk membantu secara aktif.Tiba masa nanti mungkin sudah terkekang masa dan keadaan mungkin sukar sikit kan?
.
.
Ok,kita sambung lagi kisah metafora Finding Nemo plak yang dikongsi oleh Puan Erna Founder Dexandra di status seterusnya ye.
.
.
Nak ke nak Papa sambung lagi ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan