Jangan sailang pailang kalau tak sanggup tengok babi betul betul terbang.
===========================
===========================
Alkisah satu ketika dulu dizaman jahiliah aku ditugaskan untuk menghapuskan pengkhianat persatuan yang membina bisnes sendiri dalam industri yang sama dengan niat sailang pasaran perstuan yang dah lama jaga dan lindungi dia.
Ahok..bukan nama sebenar,sudah bekerja dengan persatuan lebih 20 tahun.
Dia tahu segala selok belok bisnes persatuan secara terperinci kerana dia yang menguruskan semuanya.
Dengan pendapatan mencecah 6angka sebulan termasuk songlap dan ekjas akaun persatuan,Ahok masih belum puas.
Walaupun ketua menyedari permainan Ahok tetapi ketua sengaja biarkan kerana menganggap hasil kerja Ahok lebih besar sumbangan dari kejijikannya.
Namun Ahok tak pernah puas, bila bergelumang dengan 6 angka dia ingin berkuasa,berstatus dan dihormati.
Dengan pengetahuan dan kewangan yang dia ada,dia keluar dari persatuan.
Diam diam dia deal dengan suplier dan pelanggan dan potong harga serta merosakkan market industri.
Semua pelanggan milik persatuan dia sailang dengan memberi harga lebih murah dan berlakon yang dia menjalankan urusniaga atas nama persatuan.
Ketua tidak boleh lagi berdiam diri,dia senyap kerana menganggap Ahok kawan lama tetapi Ahok sedang menabur pasir dalam periuk nasinya.
Oleh kerana ini industri kongsi gelap ramai yang mencadangkan perang,pergaduhan dan mencabut nyawa.
Berbaloi bagi mereka kerana persatuan hilang hampir rm1juta sehari akibat disailang.
Tapi Ahok juga bukan sebarangan,dengan duit yang dia ada,dia juga sudah melengkapkan pasukan sendiri.Malah dia mungkin lebih kejam dan mahir berbanding sesiapa sahaja yang ada dalam persatuan kerana dia adalah jeneral utama persatuan satu ketika dulu.
Usai berbincang masih tiada siapa berani kedepan untuk berhadapan dengan Ahok walaupun berapi api ketika mencadang.
Terbukti bisa Ahok sangat kuat melekat diingatan semua.
Tiba tiba ketua persatuan bertanya kepada aku bagaimana nak selesaikan secara halus tanpa disedari mana mana pihak.
Ketua persatuan sedar jika berperang yang menang jadi abu yang kalah jadi arang dan ibarat menyerah leher kepada pihak berkuasa.
Aku mencadangkan lawan Ahok dengan kuasa duit dan pengaruh.
Perangkap Ahok sehingga dia sendiri ingat kesilapan dia yang buat dia jatuh.
Buat Ahok tak sedar kewujudan tangan tangan ghaib persatuan menjatuhkannya kerana jika Ahok tahu pasti dia tak mahu mati seorang,semestinya dia heret persatuan bersama.
Maka aku diberi mandat oleh persatuan untuk menjatuhkan Ahok tanpa dia sedari.
Maka bermulalah satu pertarungan seorang pemuda Melayu yang licik menewaskan seorang pengkhianat persatuan.
Langkah pertama aku mengkaji kekuatan modal pusingan Ahok dan berapa limit kredit dia dapat dari suplier.
Ahok ada modal pusingan rm2juta dan limit kredit rm1juta dari suplier.
Jadi dengan rm3 juta sudah cukup untuk menewaskan Ahok.
Aku minta peruntukan sebanyak rm6juta dari ketua untuk bermain dengan Ahok.
Apa yang aku buat adalah dengan mewujudkan sebuah kongsi gelap baru yang berniaga benda yang sama.
Jadi aku sudah bebas bertarung dengan Ahok tanpa ada risiko dia rasa dipermainkan persatuan.
Dengan team baru aku dibelakang tabir menyusun strategi kacau,rampas dan halang.
Kacau beerti kami suply kepada semua kedai yang ahok berurusan dengan harga jauh lebih murah.
Jadi perlahan lahan stok Ahok tak dapat dijual.
Jadi perlahan lahan stok Ahok tak dapat dijual.
Rampas beerti bila stok Ahok sudah banyak digudang,aku report kepada pihak berkuasa dan memberitahu lokasinya.
Habis semua stok ahok dirampas tapi dia masih dapat melepaskan diri.
Habis semua stok ahok dirampas tapi dia masih dapat melepaskan diri.
Ahok sudah jadi makin gila,tiada siapa nak bantu dia..dia cuba berunding dengan suplier untuk mendapatkan bantuan kredit tetapi aku sudah awal awal berunding dengan suplier jika dia masih berurusan dengan ahok atau sesiapa sahaja selain dari persatuan, kami akan stop berurusan dengan suplier dan buat kapal menyeledup kami sendiri.
Jadi suplier terpaksa memilih dari makan sedikit atau tak dapat makan langsung.
Jadi sempurna lah strategi kacau,rampas dan halang aku.
Ahok tewas dalam masa 2bulan sahaja dengan kerugian dianggarkan rm5juta ringgit termasuk hutang.
Dengar cerita Ahok lari je luar negara dan masih diburu pemiutang tanpa dia sedari yang persatuan terlibat secara langsung menjatuhkannya.
Ahok beranggapan ini semua kerja kongsi gelap baru yang menganiaya dia tanpa dia tahu itu sekadar kongsi gelap palsu yang dicipta oleh persatuan untuk menewaskannya.
Jadi semua maklumat tentang kongsi gelap palsu aku yang dia kononya tahu,dia serahkan kepada pihak berkuasa dengan cara surat layang.
Pihak berkuasa mula bertindak untuk menangkap dan menyerbu tapi hanya dapat angin kerana kami sudah bersedia awal.
Operasi tamat dengan luarbiasa.Ahok tidak mendedahkan rahsia persatuan kepada pihak berkuasa kerana dia tidak sedari langsung penglibatan persatuan dalam kerja mensabotaj dia kerana pemikiran dia sudah teralih kepada kongsi gelap baru yang sebenarnya palsu.
Persatuan dapat balik kuasa pasaran dan kuasa mengawal harga sekaligus kerana suplier pun sudah aku kuasai.Tiada lagi orabg lain boleh berurusan dengan suplier kecuali kami.
Dengan kuasa kawalan harga mutlak yang persatuan miliki,kos operasi menewaskan Ahok sebanyak rm3.3juta dapat
hanya dalam masa sebulan sahaja.
Dengan kuasa kawalan harga mutlak yang persatuan miliki,kos operasi menewaskan Ahok sebanyak rm3.3juta dapat
hanya dalam masa sebulan sahaja.
Pelanggan tidak boleh buat apa apa selain ikut sahaja harga baru yang lebih tinggi kerana hanya kami yang ada stok.
Satu pengajaran juga kepada pekedai pekedai supaya setia kepada persatuan atau mereka sendiri yang susah.
Kejayaan yang amat besar pada aku masa itu waktu aku berusia hanya 21 tahun dan hanya aku seorang Melayu dalam organisasi itu.
Aku sangat sangat berkuasa ketika itu.
Aku menjadi orang kesayangan ketua persatuan dan dihirmati ahli ahli lain.
Pernah habiskan rm200K enjoy hanya dalam satu malam seperti yang pernah kongsikan dalam status terdahulu.
Hidupku bergelumang duit cash berjuta setiap hari.
Ini antara catatan luarbiasa dalam hidupku.
Ketua persatuan adalah mentor bisnes pertama aku.
Semua selok belok bisnes dan cara kongsi gelap cina bekerja dan beroperasi dalam poket aku.
Semua selok belok bisnes dan cara kongsi gelap cina bekerja dan beroperasi dalam poket aku.
Banyak lagi kisah aku dizaman aku bergelumang dunia gelap dahulu.
Dan juga zaman aku bergelumang dalam dunia politik.
Zaman tidak pernah berfikir ataupun takut kepada sesiapa.Zaman darah muda membuak buak membuktikan kehebatan diri.
Tapi itu semua tinggal kenangan selepas aku cuci tangan.
Kini aku ingin mencari rezeki halal dan berkat.
Pengalaman lama aku jadikan panduan dan adjust agar sesuai digunakan untuk mencari rezeki yang halal.
Kenapa aku bercerita?
Supaya kau tahu apa kemampuan aku bila suis aku dipetik oleh orang yang betul walaupun dalam dunia yang salah.
Jadi aku tahu dimana letak suis korang dan masa bila aku boleh petik supaya korang pun boleh keluarkan potensi luarbiasa korang tapi dengan cara yang halal dan berkat.
Setelah melalui 3 fasa universiti kehidupan yang sangat kejam
Fasa kenakalan sekolah
Fasa kongsi gelap
Fasa politik
Fasa kongsi gelap
Fasa politik
Kini aku sudah kearah fasa membina hidup yang lebih baik dengan berpaksikan Allah dan Muhammad SAW(selawatlah) sebagai pemandu jalan hidup.
Aku bertekad untuk bangkit luar biasa pada tahun 2018 setelah Azizan Osman menjadi pencetus aku menemui nilai sebenar diri aku di IMKK februari 2017.
Manusia tidak selamanya jahat,malang,hina,miskin dan lemah.
Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Mahu jadi baik,untung,mulia,kaya dan kuat adalah pilihan kita dan kita mampu melakukannya.
Buat je jangan tunggu sempurna.
Adakah kau orangnya yang akan bangkit luar biasa 2018?
Jawapannya ada pada diri sendiri.
Aku nak jemput datang ke seminar aku
Bangkit Niaga 2018
25 nov sabtu
Aras 26 PWTC
25 nov sabtu
Aras 26 PWTC
dan aku akan kongsikan bagaimana nak bangkit luarbiasa 2018 dengan cara yang betul dan sesuai mengikut kareter kau masing masing.
Jangan percaya aku tapi percayalah 2018 memang aku punya.
Terima kasih share kisah aku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan