Zaman VCD dulu ramai salesman buat partime sambil servis barang company sambil jual vcd.
Modus operandi dia mudah,jadikan tokey kedai runcit sebagai agen dia.
Ini semua berkaitan dengan masalah gaji tak cukup.
Masalah adalah peluang.
Sekarang masih ramai salesman buat partime edar rokok seludup.
Isu dia adalah duit mudah sebab salesman ni dah ada base dan senarai database kedai yang dia servis.
So founder founder yang nak produk dia direct terus ke end user boleh jadikan salesman salesman ni sebagai stokis dan salesman ni jadikan kedai runcit sebagai agen pula.
Mudahkan? Tinggal nak maintain brand awarness,marketing,cta,iklan dan etc.
Produk u akan cepat menular keseluruh negara.
Konsep dia u sebagai founder tak perlu bina landasan keretapi baru untuk bergerak keseluruh negara,cuma tumpang je landasan yang dah siap.
Kan dah jimat banyak?
Kan dah jimat banyak?
Ok i detailkan lagi caranya.
Contoh gaya profesional,u cari satu company yang memang ada van,lori sendiri yang mengedar barang mereka ke kedai kedai runcit diseluruh negara.Kita ambil contoh mudah la,contoh tau,kalau tak setuju dengan contoh ni ada i kisah?Banyak komplen plak,fikir sndiri je lah,syariah la itu la ini la,sampai ke tua lah hidup ko asik komplen orang je,fikir sendiri malas,orang share ilmu nak kondem plak.
Eh eh eh,kenapa plak i membebel ni
😂
😂
😂
😂...hahaha..ok ok...kita sambung ye.




Kita ambil contoh pomade sebagai produk.
Contohlah company rokok dunhill,kan diaorang ni menyeluruh pengedarannya,maybe u boleh pergi hq dia dan tawarkan peluang win win situasion,tolong edar sekali pomade u melalui salesman dia.Sekarang jualan jualan rokok dah sendu,dengan pomade sebagai dagangan tambahan dapatlah hq tambah dana untuk kos operasi,kekalkan semangat kerja salesman bila salesman dapat buat duit tepi,dalam masa sama produktiviti syarikat juga meningkat.
Ini contoh i bagi cara u nak berunding dengan hq,supaya hq boleh buka mata tentang keuntungan berkongsi channel.
Ye channel,itulah yang u nak tumpang sebab u takde channel sendiri,seluruh negara plak tu.
Tapi contoh diatas kita dah tau,company company besau gedabak ni bukan nak layan kan
😂
😂
😂,sebab tu nama dia contoh,so kalau company ni tak boleh carilah company lain yang ada rangkaian pengedaran yang luas contoh gardenia ke,f&n ke,hup seng ke....



Payahla... susah nak deal ngan company company ni,dia bukan pandang pun bilis macam aku ni bisik u dalam hati kan...?
Takpe,jangan berputus angsa,masih ada lagi solution,memang sengaja i bagi contoh yang berat dulu supaya u sedar diri dalam dunia ni takde benda mudah.
Kalau dah tak boleh deal dengan company,direct aproach la salesman salesman ni kat lokasi diaorang.
Banyak kerja la sikit kena turun banyak tempat.
Contoh macam kat Pahang,dunhill ada opis kat Mentakab,Kuantan dan Kuala Lipis sebagai hub pengedaran .Jadi u kena turun 3 tempat ni untuk direct approach salesman salesman supaya edarkan pomade u.
Siapkan pakej sesuai dengan kemampuan modal dia atau sediakan skim pembayaran bill by bill ke,30 day payment ke yang mana sesuai dengan kemampuan pusingan modal u asalkan pomade u dapat masuk ke semua kedai kedai runcit diseluruh negara dari kampung hingga ke bandar.
Bagilah harga yang dia nampak boleh buat duit,asyukkk.Sedarkan dia kuasa volume yang dia ada,kuasa channel dia yang mahal tu,dan lain lain..Pandai pandailah ngayat der.
Kalau u nak buat pengedaran u sendiri u kena juga keluar modal beli lori,van,kos overhead pekerja lagi dan lain lain dan u akan tambah pening .
Dengan contoh i beri diatas kira boleh panggil outsource la tugas pengedaran tu,u dah jimat masa,tenaga kerja,kos overhead dan lain lain sebab fasiliti dah ada tinggal skill u macamana nak tumpang apa yang mereka ada je .
Katalah u dapat pegang beberapa salesman atau ramai salesman salesman untuk jadi pengedar u,tugas u tinggal kuatkan marketing je supaya end user tau diaorang boleh dapatkan pomade u kat kedai kedai runcit yang berdekatan mereka...
Lepas sebulan dua brand awarness u dah tersebar tinggal nak kaut hasil dan maintain atau tingkatkan lagi produktiviti u jelah dari segi hubungan dengan salesman,lebih cantik u ada inisiatif turunkan ilmu bisnes sekali supaya mereka lebih pandai buat duit.
Kenapa salesman,kenapa kedai runcit?
Salesman sebab dia hari hari bergerak,jumpa orang.Kalau agen,dropship kekadang dan datang dia malas langsung tak bergerak,tido,bila barang tak laku mula salahkan jiran,ketua kampung,pdrm,ppim,9dragon,ahmad maslan,mo1...siapa yang nak menanggung,rugi satu,sakit hati pakej sekali,u lah.
Kenapa kedai runcit?
Sebab direct end user.Macam pomade,hari ni pomade dia abis,beli on9 kena tunggu 3 hari baru sampai,abis dalam masa tunggu pomade sampai dia nak pakai minyak sapi kat rambut dia? Bila pomade ada kat kedai runcit,kan senang dia boleh terus bayar dan dapat barang,so tak ada lagi risiko pengguna u berubah angin ke jenama lain.
Sebab direct end user.Macam pomade,hari ni pomade dia abis,beli on9 kena tunggu 3 hari baru sampai,abis dalam masa tunggu pomade sampai dia nak pakai minyak sapi kat rambut dia? Bila pomade ada kat kedai runcit,kan senang dia boleh terus bayar dan dapat barang,so tak ada lagi risiko pengguna u berubah angin ke jenama lain.
Ini i share idea,maybe lah u nampak dan boleh aplikasikan Alhamdulillah.
Bagi yang tak jelas tu i faham sebab ini just idea tapi strateginya bergantung siapa yang menjalankannya.
Jadi kalau u nak try idea ni tapi tak nampak macamana nak buat,i boleh tolong u detailkan lagi caranya...keknya tebang buluh ngan kapak la,tak hulur tak nampak kan
😂
😂
😂.



Ingat bisnes air liur ni takde keringat mengalir ke?Letih wo nak fikir,bukan semua ada idea+pengalaman+pengetahuan kan,semua tu ada proses dan susah payah pastilah ada harganya.
Selain pomade,banyak lagi produk boleh guna idea ni,air,kosmetik,pepium,kerepek,syampoo,ubatbkurus,ubat putih,ubat gegat dan lain lain.
Semoga bermanfaat,kalau tak faham boleh tanya,kalau malas pening kita cerita tepi,bagi i sone amaun neh i run kan
😎.

Pakar teknik gerila pengedaran offline.
Pengalaman 17 tahun mengedar macam macam seperti rokok tak sah taraf,dada,tonyok dan laun lain kebanyakan barang tak senonoh.
Pengalaman 17 tahun mengedar macam macam seperti rokok tak sah taraf,dada,tonyok dan laun lain kebanyakan barang tak senonoh.
Track record pernah handle transaksi cash rm3 juta setiap hari dalam satu induatri penyeludupan.
sebelum PPIM dedah pasal 9 dragon i dah lama dah lepak ngeteh ngan diaorang.
So tiada keberkatan mencari rezeki cara begitu jadi i dah tinggalkan walaupun dunia itu sangat mewah.
Walaupun dah tinggalkan dunia tu tapi strategi,taktikal dan cara masih melekat dalam diri,so i nak praktik dan transform dengan jalan yang putih dan suci plak.
So,support la sket boh.
Ada job tu hulur hulur la kan
😉.
Ada job tu hulur hulur la kan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan