Selasa, 12 Disember 2017

IDEA BISNES KEDAI MAKAN/RESTORAN


Be different or die.
U buka kedai makan/restoran?
Apa usp u?
Sama je ngan kedai lain?
Nasi campur, ala carte, roti canai....
So bisnes tanpa usp hanya mengharap orang singgah makan, orang puas hati makan dan harap orang ulang balik datang makan.
Sales u dah lama stuck kat area tu je kan? Contoh 2016 purata sales sebulan 30-40k, 2017 kalau naik pun 32-42k sebulan.
Harga barang mentah makin naik, gaji pekerja pun bertambah, nak naik harga jualan takut pelanggan lari kepada pesaing.
Apa yang nak Papa bagitau ni, bisnes u macam zombie tau.
Menunggu, bertahan...untung sabut timbul untung batu tenggelam.
Letih tak?
Takde masa untuk benda lain melainkan fikir bisnes bisnes bisnes....kan?
So berhentilah bertahan dan menunggu.
 
Bergeraklah, menyeranglah...
Contoh u boleh wujudkan satu menu baru yang pelik tapi orang suka makan.
Contoh roti canai cicah durian musang king.
Kan gempak dan tak pernah buat dek orang jual benda camtu kan tapi orang akan makan menu tu sebab roti canai n durian nama besar dalam selera tempatan.
Jadi kedai u akan mula jadi perbualan.
Brand awarness u akan luas tersebar di seantero daerah u.
Yang jauh akan merapat yang dekat akan mengetat.
Pertambahan audien baru akan berlaku kat kedai u.
So tinggal u nak ikat mati supaya yang datang tidak singgah sekali je...
Jaga servis, jaga kualiti makanan...
Menu baru pembuka jalan je, menu lama buat tambah keuntungan...
Nak letupkan bisnes kedai jenis fizikal u?
Papa ada 1001 idea untuk bantu 
😉
Semoga bermanfaat
😙

Tiada ulasan:

Catat Ulasan