Hai..kita sambung bahagian strategi plak dari idea bagaimana menghasilkan 1000 unit sebulan.
Langkah 1 open dropship untuk 30 orang.
Tugas dropship hanyalah sebarkan segala bahan marketing u bagi .
seorang dropship u ajar copy paste iklan u ke 30 grup secara konsisten setiap hari.
Bila ada yang menerima pm dari prospek tugas dropship adalah close kan sale.
Jadi anda perlu ajar dropshipper anda struktur close sale yang betul.(Tak tau pa boleh ajar)
Dan juga ajar simpan database prospek yang tak close untuk fasa follow up pula.(Tak tau pa boleh ajar)
Untuk menggalakkan dropshipper anda aktif dan tak lemau,setiap hari anda boleh buat contest contohnya 2orang yang buat jualan tertinggi hari ini akan dapat rm100 seorang.
Hari esoknya buat contest 4 sale tertinggi dapat rm50 seorang,esoknya lagi buat contest siapa jual 5 unit keatas akan dapat tambahan bonus rm15 setiap unit.
Hari esoknya buat contest 4 sale tertinggi dapat rm50 seorang,esoknya lagi buat contest siapa jual 5 unit keatas akan dapat tambahan bonus rm15 setiap unit.
Maknanya hari hari tukar cara nak menang contest supaya dropshipper u sentiasa bergerak dan merasai peluang untuk menang contest.
Seterusnya dalam 30 orang tak semua akan menjadi,so kadang kadang u boleh open contest siapa bawa masuk dropshipper baru akan dapat rm30 untuk seorang dan rm10 dari jualannya.
Jadi u tak akan putus dropshipper yang aktif.
jadi kalau kata 30 orang dropshipper u buat 1 unit sehari pun u dah boleh 900 unit sebulan.
kalau 2 unit dah 1800 sebulan.
kurang lebih kita ambil tolak ada yang aktif dan tak aktif secara purata dropshipper u menyumbang sale 3 unit sehari u dah ada 90 unit sehari 2700 unit sebulan.
Itu belum kira lagi pertambahan dari kemasukan dropshipper baru.
So apa yang penting cara u berinteraksi dengan dropshipper u dari segi ilmu,bahan marketing dan lain lain.
Jangan lupa u diam diam simpankan contoh rm3 setiap sale dia buat dan u kumpulkan.contoh macam hari raya dah dekat,sepanjang dia jadi dropshipper u dia dah berjaya jual 200 unit,so ada rm600 kan,u bagilah dia sebagai duit raya.
Ini teknik tangkap hati supaya dia tak lari buat produk orang lain pula.
Ini semua contoh,bab amaun tu bergantung dengan margin u.
Kalau yang margin kecil tu carilah golongan budak sekolah ke,penganggur ke yang nak cari duit topup dan ngeteh je.
Sesuaikan avatar u dengan margin u.
Jadi banyak lagi strategi yang lebih padu Papa boleh kongsi lebih detail dan terperinci.
Perlahan lahan lah kita belajar ye.
Harap Pa tulis panjang panjang ni ada la sikit respon dari u.
Maybe u boleh komen ilmu apa lagi yang u nak Papa sharekan,masalah apa u hadapi,or apa sahaja u nak tanya.
jadi tak lah Papa rasa terkudu kudu berinteraksi sensorang.
Kalau nak lanje like pun dekuk,rasa nak bagi enggagement Papa meningkat pun tak sudi,gonelah Papa nak dapat semangat berkongsi lagi dan lagi kan?
Siapa nak Papa sharing lagi,nak share pasal apa,ce kabo?
Gambar sekadar hiasan bagi align dengan perkongsian.
Sebelum ajar orang buat duit Papa pun guna teknik dan cara yang sama untuk buat duit.
Kekadang berkongsi ni selain berkongsi ilmu dan manfaat juga bertindak sebagai diari,time nak guna boleh semak balik.
Follow fb Mohd Fahmi Huzairi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan