Isnin, 11 Disember 2017

AJAR ANAK BISNES

Anak sulung saya yang berusia 10 tahun duduk di asrama.
Latihan dan pendedahan awal yang saya berikan padanya tentang ilmu keusahawanan adalah dengan membeli barang makanan di kedai rm2 dan repacking semula dalam nilai 50sen untuk dijual kepada kawan kawannya di asrama.
Alhamdulillah, setiap minggu dagangan nya laris.
Sales mencecah rm30-40 setiap minggu.
Saya cuma bekalkan belanja rm30 seminggu.
Setiap kali balik rumah dgn bangganya dia melaporkan tentang larisnya jualan.
Masalahnya bila tanya duit mana....
Dengan untung,dengan modal lesap.
Mana pergi duit tu?
"Kat sekolah Uya ramai kawan kawan susah,jadi Uya selalu la belanja diaorang time rehat,kalau time prep Uya tak sampai hati beli air kat mesin gedegang minum sorang sorang,Uya belanja lah kawan kawan Uya sekali.Papa kan suruh tolong orang susah dan berkongsi apa yang kita ada "
Ok...stop dulu ilmu keusahawanan.
Papa kena ajar Uya ilmu urus duit dulu.
Ko ingat bapak ko ni Syed Moktar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan